Di awal zaman, Tuhan menciptakan seekor kerbau. Tuhan berkata kepada sang kerbau "Hari ini kuciptakan kau! Sebagai kerbau engkau harus pergi ke padang rumput. Kau harus bekerja di bawah terik matahari sepanjang hari. Kutetapkan umurmu sekitar 50 tahun." Sang kerbau keberatan. "Kehidupanku akan sangat berat selama 50 tahun. Kiranya 20 tahun cukuplah buatku. Kukembalikan kepadamu yang 30 tahun" Maka setujulah Tuhan.
Di hari kedua, Tuhan menciptakan monyet. "Hai monyet, hiburkanlah manusia. Aku berikan kau umur 20 tahun!" Sang monyet menjawab "What? Menghibur mereka dan membuat mereka tertawa? 10 tahun cukuplah. Kukembalikan 10 tahun padamu" Maka setujulah Tuhan.
Di hari ketiga, Tuhan menciptakan anjing. "Apa yang harus kau lakukan adalah menjaga pintu rumah tuanmu. Setiap orang yang tidak dikenali datang, kau harus menyalak dan mengganggu orang tersebut. Untuk itu kuberikan hidupmu selama 20 tahun!" Sang anjing menolak : "Menjaga pintu sepanjang hari selama 20 tahun ? No way.! Kukembalikan 10 tahun padamu". Maka setujulah Tuhan.
Di hari keempat, Tuhan menciptakan manusia. Sabda Tuhan: "Tugasmu adalah makan, tidur, dan bersenang-senang. Inilah kehidupan. Kau akan menikmatinya. Akan kuberikan engkau umur sepanjang 25 tahun!" Sang manusia keberatan, katanya "Menikmati kehidupan selama 25 tahun? Itu terlalu pendek Tuhan. Let's make a deal. Kerana kerbau mengembalikan 30 tahun usianya, anjing mengembalikan 10 tahun, dan monyet mengembalikan 10 tahun usianya padamu, berikanlah semuanya itu padaku. Semua itu akan menambah masa hidupku menjadi 75 tahun. Setuju ?" Maka setujulah Tuhan.
AKIBATNYA..............................
Pada 25 tahun pertama kehidupan sebagai manusia (kita makan, tidur dan bersenang-senang)
30 tahun berikutnya menjalankan kehidupan kita seperti kerbau (kita harus bekerja keras sepanjang hari untuk menanggung keluarga kita.)
10 tahun kemudian kita menghibur dan membuat cucu kita tertawa dengan berperangai sebagai monyet yang menghibur.
Dan 10 tahun berikutnya kita tinggal dirumah, duduk didepan pintu, dan mengganggu orang yang lalu lalang. Uhuk, uhuk (batuk)... Eh, Samad! Nak ke mana tu?
Rahsia Umur Kerbau, Monyet, Anjing & Manusia
Labels: JOKESBARISAN RAKYAT - Keadilan Untuk Semua
Kejayaan Barisan Rakyat (BR) dalam PRU 12 benar2 melangkau jangkaan semua walaupun dicemari oleh beberapa tindakan SPR yang berat sebelah seperti undi pos yang berganda, kurangnya privasi mengundi untuk pengundi dalam Angkatan Tentera, senarai pengundi yang tidak wujud sehinggalah kepada ketidaktentuan penggunaan dakwat khas yang diimpot dari India. Tidak keterlaluan mengatakan konspirasi BN-SPR benar2 wujud. Walaubagaimanapun tidak semua gembira dengan keputusan PRU 12 ini.
Pengurus dana asing umpamanya, yang mungkin tidak prihatin pada kegembiraan di wajah majoriti rakyat, sedang memerhatikan kita dengan resah. BSKL yang sensitif kepada pelbagai faktor juga telah menjunam akibat ketidaktentuan dan kejutan keputusan PRU 12.
Sesuatu yang pasti ialah Kerajaan Persekutuan yang didominasi oleh UMNO telah mula bermesyuarat bagi memastikan kerajaan negeri pimpinan BR akan gagal melaksanakan janji2 kepada pengundi2 BR. Dengan adanya institusi perkhidmatan awam, polis, badan kehakiman dan media di pihak BN, agak sukar bagi kerajaan negeri BR menunaikan janji2 BR sepert keadilan sosial, masyarakat yang selamat juga kawalan pada kadar inflasi di kawasan mereka. Dan kita akan ‘menyaksikan’ kegagalan ini dipaparkan dimukasurat depan akhbar2 dan media elektronik sepanjang 4 tahun akan datang.
Walaupun demikian, terdapat sekurang2nya 3 peluang untuk BR yang tidak pernah dikecapi oleh mereka dahulu yang perlu dimanafaatkan sebaik mungkin:
1. BR sekarang mempunyai peluang menunjukkan keupayaannya memerintah. Jika BR dapat melakukan yang terbaik di 4 negeri yang mempunyai ekonomi yang kuat seperti Selangor, P.Pinang, Kuala Lumpur dan Perak sejajar dengan manifesto pilihanraya iaitu “Keadilan Untuk Semua“, BR akan berada pada kedudukan yang lebih baik pada pilihanraya yang akan datang. Itupun jika ia dapat menahan usaha BN untuk menggagalkan mereka. 4 tahun yang mendatang juga akan mejadi satu-satunya peluang untuk Anwar Ibrahim membuktikan bahawa dialah orangnya yang paling layak menjadi alternatif untuk jawatan PM. Masih terdapat banyak kesangsian tentang peribadi dan kemampuan Anwar Ibrahim. Walaupun tuduhan sodomi terhadap beliau telah digugurkan, beliau juga bertanggungjawab kepada banyak ’kesilapan’ sewaktu beliau berada didalam kerajaan dahulu. Mengamalkan politik wang dan bersama-sama Najib menghunus keris pada masyarakat Cina ketika perang dingin UMNO-MCA akibat Operasi Lallang pada tahun 1987 masih diingati. Beliau perlu membuktikan bahawa beliau telah berubah terutama selepas menerima nasib dipukul polis dalam tahanan dan dikenakan tindakan dibawah ISA.
2. Telah ada desas desus akan berlaku peralihan pimpinan didalam UMNO. Pak Lah dijangka akan dipaksa meletak jawatan atau disingkirkan. Begitu juga dengan KJ dan koncu-koncu “Tingkat 4” nya. Selalunya parti yang menyingkirkan pemimpin mereka yang gagal dan tidak diterima rakyat akan menjadi lebih kuat dengan lahirnya lebih ramai pemimpin muda. Tetapi tidak semudah itu buat UMNO sekarang. Orang no.2 Najib juga tidak terkecuali dengan pelbagai tuduhan yang menyebabkan kejatuhan BN antaranya rasuah, nepotisme, kronisme, dan bayangan kes pembunuhan Altantuya. Lain-lain anggota MT yang terselamat dijangka akan mengekalkan jawatan masing2 walaupun tercemar dengan isu2 AP, menghunus keris dan lain-lain. Ini mengiyakan kenyataan Dr.M bahawa perubahan positif dalam UMNO tidak lagi boleh dibuat dari dalam. Secara ringkas, dalam pilihanraya akan datang BR akan berdepan dengan UMNO yang sama, walaupun tanpa beberapa orang pemimpin besar mereka. Rakyat juga tahu akan perkara ini. Jika BR mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti mereka, BR berkemampuan membentuk kerajaan Malaysia selepas PRU 13.
3. Untuk pertama kalinya dalam sejarah 50 tahun kita, rakyat membuat pilihan dengan memberi penekanan kepada isu semasa dan tidak memilih budaya politik perkauman. Di Batu Caves yang majoritinya India, telah menolak calon BN, T. Mohan, sebaliknya memilih calon PKR, Amirudin bin Shari. Ramai orang Cina di P.Pinang bersorakan apabila berita kemenangan PAS di Kelantan diumumkan. Buat pertama kali dalam sejarah juga, ramai orang Melayu dari kelas pertengahan bersama-sama berkongsi informasi dan menyambut kejayaan parti pembangkang bersama-sama kawan bangsa lain di kawasan yang sama. Untuk kali pertama juga, beberapa bloggers terkenal telah menyertai kempen2 menyokong BR. Ini membuka mata penduduk Melayu di Kampung Baru bahawa masalah mereka tidak jauh bezanya dengan masalah seorang Cina pemilik kopitiam atau pemyokong HINDRAF sebenarnya. Hasil dari kesedaran ini dan untuk kepentingan bersama, keputusan undian PRU 12 mengegarkan asas politik Malaysia yang dipupuk atas dasar perkauman dan dieksploitasi oleh pemimpin untuk terus berkuasa.
Jutaan terimakasih kepada BN kerana memberi ruang dan peluang untuk politik perkauman yang akhirnya ditolak oleh rakyat dan semoga politik pelbagai etnik dan agama BR akan terus menjadi satu fenomena dimasa akan datang.
PAK LAH - LETAK JAWATAN LA....
Labels: MALAY, NATION, POLITICSPak Lah yang mengetuai BN dalam kemenangan cemerlang pada 2004, telah secara rasmi dihukum untuk kenaikan inflasi, peningkatan kadar jenayah, wujudnya ketegangan antara kaum dan ketidakberkesanan mencegah rasuah.
Kedudukan beliau memegang tampuk pemerintahan amat diragukan setelah menyaksikan keputusan terhebat dalam sejarah oleh parti-parti pembangkang yang secara umumnya ingin menghapuskan keutamaan yang diberikan kepada orang2 Melayu, membantu yang miskin dan memerangi rasuah. Secara logiknya, Pak Lah tidak seharusnya mengetuai BN lagi berbekalkan kekalahan terburuk BN dalam sejarah. Pak Lah perlu meletak jawatan. BN kini berada dalam krisis kerana ia kini tidak lagi boleh mengaku dia mewakili semua kaum di Malaysia. Lebih memalukan apabila negeri Pak Lah sendiri jatuh ke tangan pembangkang.
Sekarang ialah waktu2 panas dalam UMNO. UMNO bukanlah satu parti yang mudah memaafkan. Terutama sekali kepada pemimpinnya yang dianggap membawa beban kepada perjuangannya. Walaupun sokongan padu disuarakan oleh pemimpin UMNO kepada Pak Lah semalam, tapi untuk berapa lama masih menjadi tanda tanya. Seseorang perlu bertanggungjawab untuk kekalahan terburuk dalam sejarah ini. Dan sebagaimana Pak Lah mendapat semua kredit diatas kejayaan terbesar BN pada 2004, Pak Lah juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan terburuk pada 2008 ini dengan cara meletak jawatan, sebelum beliau ditimpa nasib seperti Samy Veloo.
PRU 12 - TAHNIAH YAB PAK LAH
Labels: MALAY, POLITICSDengan besar hati nak ucapkan tahniah
Kepada PM kita, YAB Pak Lah
Sebab kalah di P.Pinang, Selangor, Perak dan Kedah
Mana pergi BN punya maruah
2004, 20 kerusi je kalah
2008, BA sudah dapat 75 kerusi pulak dah
Rakyat Malaysia sudah bersuara
Kami tak suka PM dok tidur sahaja
Menteri yang tak boleh buat kerja
Dok simpan nak buat apa
Daripada biar dia makan gaji buta
Dan seronok buat harta serta salahgunakan kuasa
Arahkanlah depa kemaskan barang-barang semua
Dan berpindah dari Putrajaya
Tsunami kali ni kira takat lutut sahaja
Kalau tak hati-hati, tsunami boleh sampai takat dada
Hasrat besar nak tawan Kelantan
Apalah nasib, hasrat tak kesampaian
Bukan mudah rakyat nak digula-gulakan
Dengan janji kemajuan dan pembangunan
Sebab orang Islam ni selalu ingat kuasa Tuhan
Setiap perbuatan, akan ada pembalasan
Pak Lah kan pelopor Islam Hadhari
Tak cukup dengan 4 mazhab, pandai-pandai tambah sendiri
Bila memerintah, jangan lupa diri,
Atau ikut telunjuk Khairy
Pada zaman sains dan teknologi
Apa buat dalam kelambu pun orang dok perhati
Terimakasih rakyat Malaysia
Anda yakin dengan kuasa ditangan anda
Melakukan perubahan demi anak-anak kita
Semoga kuasa rakyat akan sedarkan pemimpin kita
Kerja tak bagus, kami akan tendang anda
Selama ni puas dok tahan sabar
Dengan pelbagai kerenah yang meloya
Kami takkan boleh dikuda-kuda
Oleh pemimpin-pemimpin yang otak tahap kura-kura



