CURRENT | AFFAIRS ®

Web Power Sdn Bhd dan PDRM.

. Friday, December 14, 2007
0 comments

Isu Pertama

Pada pertengahan tahun ini, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 31 buah helikopter daripada syarikat WebPower/Eurokopter selama 30 tahun. Anggaran kos penyewaan ini ialah RM400 juta setahun.

Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dari mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 31 buah helikopter daripada Web Power Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja? Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM400 setahun untuk menyewa 31 buah helikopter ini? Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 31 buah helikopter?

Isu Kedua

Salah seorang pengarah Web Power Sdn Bhd, iaitu Dato’ Othman Talib adalah anggota kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). Soalannya, apakah seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis boleh mengadakan urusniaga dengan PDRM? Bukankah ini satu bentuk percanggahan kepentingan (conflict of interests)? Kita tahu seseorang anggota SPP mempunyai kuasa yang besar ke atas PDRM, dia diberi kuasa untuk menentukan samada pegawai polis boleh dinaikkan pangkat ataupun tidak.

Saya diberitahu bahawa Dato’ Othman Talib pernah secara langsung dan tidak langsung mengenakan pengaruh kepada pegawai polis yang berurus dengan beliau, iaitu mereka diugut untuk ditukar ke tempat lain, tidak dinaikkan pangkat dan dilaporkan kepada Ketua Polis Negara sekiranya mereka tidak memberi kerjasama dengan beliau. Bukankah ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa?

Isu Ketiga

E-Police Force Solution
“E-Police Force Solution” merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.

Datuk Pengerusi, saya tidak ada masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak faham dalam urusniaga ini ialah:

i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh menghantar ‘letter of intent’ dan ‘letter of award’ terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang, Ketua Polis Negara terus ‘bypass’ Ketua Setiausaha Kementerian dan tulis “letter of intent”nya terus kepada Perdana Menteri. Kenapakah ini berlaku?

ii) Kertas cadangan “E-Police Force Solution” dikemukakan oleh WebPower Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli “E-Police Force Solution” daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?

Datuk Pengerusi, saya ingin minta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri boleh memberitahu dewan yang mulia ini, kenapakah WebPower Sdn Bhd begitu bertuah yang mana syarikat ini diberi projek penyewaan helikopter yang memberinya sewa RM400 juta setahun selama 31 tahun, di samping itu syarikat itu akan diberi pula projek “E-Police Force Solution” ?

Isu Empat

Apakah kriteria perlantikan anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?

Apakah seorang pengarah bagi syarikat yang mengadakan urusniaga dengan PDRM boleh dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?

Mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Dato’ Othman bin Talib dilantik menjadi pengarah Web Power Sdn Bhd pada 2 Jun 2006, manakala beliau dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis pada awal tahun ini, ini bermaksud pihak yang melantik beliau menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis telah tahu bahawa beliau memegang jawatan pengarah di Web Power Sdn Bhd, bukankah ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan?

Apakah Hindraf dan Bersih Diberi Peluang Untuk Berhimpun di Dalam Stadium?

Dalam laporan dalam The Star pada 4 Disember 2007, Ketua Polis Negara berkata bahawa beliau pernah menawarkan Bersih untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium, tetapi tawarannya ditolak. Di sini saya ingin menegaskan bahawa ini memang merupakan satu kenyataan yang tidak benar dan bohong. Jawatankuasa Bersih tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada pihak polis untuk berhimpun di dalam stadium, tetapi pemimpin Bersih hanya menerima surat daripada pihak polis yang meminta mereka memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan, dan Bersih memang telah menurut arahan polis tersebut, tetapi kesalnya selepas mereka membuat permohonan permit polis, permohonan mereka ditolak oleh polis.

Saya terbaca YB Timbalan Menteri juga pernah berkata tentang memberi ruang kepada parti pembangkang ataupun NGO untuk mengadakan tunjuk perasaan dan perhimpunan di stadium, bilakah cadangan ini akan dilaksanakan?

PENJARA


Macam manakah pihak Kementerian meredakan kesesakan dalam penjara? Apakah kementerian mempunyai rancangan untuk meredakan kesesakan di dalam penjara? Apakah menghantar penjenayah ataupun orang yang didakwa melibatkan diri dalam aktiviti gangsterisme ke pusat penahanan di Simpang Renggam di bawah Emergency Order ini menyumbang kepada penurunan kadar jenayah? Apakah penahanan di dalam Simpang Renggam telah membantu tahanan balik ke pangkuan masyarkat ataupun sebaliknya ia telah menyebabkan ramai tahanan merasa mereka dianiayai?

Apakah pihak penjara telahpun mula memberi kaunselling kepada penjenayah seks ataupun perogol di dalam penjara sebagai langkah untuk membantu mereka tidak berulang jenayah dan kesalahan mereka?

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Pada 10 Disember 2007

Click Here to Read More..

VIDEO - Khalid Ibrahim Arrested

. Wednesday, December 12, 2007
0 comments

This video shows the unwarranted and uncalled for act by PDRM.


Click Here to Read More..

Penyelewengan dalam penjualan saham Syarikat Air Melaka

.
0 comments

DEB, dasar ekonomi baru, perkataan keramat yang di pertahankan oleh pemimpin Umno untuk memenuhkan kocek sendiri. Cuba ditanya diri kita, apakah keuntungan yang dikecapi oleh orang Melayu selama ini. Kalau hendak dikatakan jalan kampung, baja subsidi dan sebagainya, itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk menyediakannya.

Dengan dasar DEB, pemimpin berupaya untuk berselindung di dalam pengambilalihan syarikat di samping menjual ekuiti yang dipegang oleh kerajaan kepada diri sendiri atau kepada proksi. Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada sebuah negeri kecil di selatan tanah air kita yang terkenal dengan penjualan dan pemberian “DATUK” yang kini dalam proses untuk menjual saham 25% Syarikat Air Melaka kepada Konsortium Ranhill Nada Cekal Sdn Bhd (Ranhill 60%, Nada Cekal 40%). Ketua menteri Melaka yang bijaksana menjual saham 25% dengan harga RM 25.5 juta walaupun perunding yang dilantik menilaikan harga saham tersebut sebanyak RM34 juta.

Disamping mendapat saham 25 %, Ranhill juga diberi kontrak NRW yang berharga RM36 juta dengan penambahan RM10 juta lagi sekiranya sasaran NRW tercapai.(sudah semesti tercapai).

Dengan tamak halobanya ketua Menteri yang menjadi ketua 9 jahanam ini juga meluluskan pemberian kontrak perunding pengurusan dan teknikal kepada Ranhill yang nilainya adalah RM 500,000.00 sebulan. Ranhill hanya diperlukan meletakkan 5 orang kakitangannya untuk mendapat habuan sebanyak itu manakala segala keperluan seperti kereta untuk COO dan CFO, driver, steno dan lain-lain kakitangan bantuan harus disediakan oleh Syarikat Air Melaka. Ranhill juga berhak untuk menuntut lain-lain kos seperti kos keraian dan sebagainya.

1. Siapakah yang menguasai Nada Cekal?

Sebagai rakyat Melaka, semua telah mengetahui yang Nada Cekal ini adalah milik Datuk Ali Rustam yang terkenal sebagai ketua kumpulan geng 9 jahanam manakala pengerusi bonekanya adalah Datuk Gafar Atan seorang kerani yang pernah bekerja di Lembaga Pertubuhan Peladang Melaka. Secara tidak langsung, Datuk Ali yang sebenarnya mendapat keuntungan daripada penjualan saham ini.

2. Di manakah Nada Cekal akan mencari sumber untuk membayar RM10 juta bagi pembelian saham ini? 40% dari RM25.5 juta

Para perunding yang terdiri dari akauntan yang dilantik oleh Syarikat Air Melaka menilaikan harga 25% saham tersebut adalah bernilai RM 35 juta dan sekiranya ianya dijual dengan harga RM25 juta dengan sendirinya budak darjah 6 pun tahu baki 10 juta tersebut adalah untuk Datuk Ali.
Untuk pengetahuan pembaca budiman, Nada Cekal mungkin telah diberi projek yang nilanya ratusan juta, tetapi apa yang Nada Cekal ada? Lagipun apalah yang hendak diharapkan sangat kepada komisen agen yang hanya tahu mengira sehingga 3% sahaja.

3. Mengapakan tiada jaminan keuntungan dari pihak Ranhill sekiranya mereka yakin dengan kaedah pengurusan mereka?

Syarikat Air Melaka membayar RM500,000.00 sebulan sebagai bayaran perunding pengurusan tetapi apakah jaminan yang diberi oleh Ranhill yang Syarikat Air Melaka akan mendapat keuntungan dari kontrak ini? TIADA.
Apakah gunanya duit RM500,000.00 yang dibayar kepada Ranhill setiap bulan? Soalan ini harus ditujukan dan perlu dijawab oleh Datuk Ali sendiri.

4. Bagaimanakah pemberian kontrak pengurusan ini boleh diberi secara runding terus?

Datuk Ali bijak, sangat bijak sekiranya diambilkira Tan Sri Isa Samad yang beri rasuah tidak seberapa kepada ahli Umno boleh digantung keahlian manakala Datuk Ali yang merasuah puluhan juta, terlepas begitu sahaja.

Dengan kebijaksanaan yang dianugerahkan digunakan untuk kejahatan,Datuk Ali telah menggunakan Nada Cekal sebagai menghalalkan penjualan saham Syarikat Air Melaka kepada Ranhill yang kononnya 40% dimiliki oleh Nada Cekal.

Persoalannya sekarang, adakah pengurusan yang ada sekarang tidak cekap? Adakah Tuan Hj. Baharam yang sekarang menjadi Pengurus Besar Syarikat Air Melaka, tidak tahu menguruskan syarikat walaupun rekod kewangan menunjukkan ianya tidak pernah rugi di bawah pentadbiranya?

Mengapakah rakyat Melaka perlu dibeban dengan kos peningkatan air yang diakibatkan sikap rakus pemimpin rasuah ini?

Anak Melaka

Click Here to Read More..

Operasi Lalang imminent?

.
0 comments

All Bloggers beware. There is a possibility that the BN Government is hyping up the racial and religious issues to frighten the Malays into supporting more BN dirty tricks. The BN is losing more support among the people, especially the Malays. A large chunk of the traditionally BN supporting Indian voters have swung away from the BN after the Government's disastrous and poor handling of the Hindraf affair. The Chinese are also disenchanted with the BN. It is very possible that in the next General Elections, the BN may lose significant support. The problem with the BN is the placid and imbecilic Prime Minister. The BN has no way of replacing the Prime Minister unless UMNO decides to remove him from his perch. The Prime Minister, as the president of UMNO, is the single largest stumbling block as well as laughing stock in the BN stable, along with the other donkeys in the manger of course.

Minus the type of steady guiding hand of the former Premier Tun Dr Mahathir Mohamad (for better or for worse) the UMNO boys have gone back to chattering on the tree limbs. None of them seem to have a clue about how to manage the country and move it forward. The Civil Service is breaking down, foreign investors are shying away from the country altogether and the country seems to attract a new breed of Middle Eastern drug dealers and money launderers.

Increasingly gullible Malay girls are being duped into becoming mules carrying heroin for Middle Eastern drug cartels. They are getting arrested in far away and exotic places like Brazil and China. Middle Eastern drug cartels are finding it easy to operate in Malaysia under the guise of Islamic solidarity. There are also Middle Eastern money launderers who have been given bank licenses and other lucrative entry into the Malaysia financial sector. Again, under the guise of Islamic solidarity, dubious Arabs who may be on the list of terrorist sponsors in Europe and the US have found safe haven in Malaysia to park their hot moneys.

The GLCs like MAS and Proton are perhaps entering into their penultimate orbits before crashing and burning up completely in the competition free, corrupt and incompetent atmosphere of GLC enterprise.

By all logic the only way that the BN Government can sustain its incompetence is by arresting and locking up the increasingly vocal dissenters who have found the Internet as an easy and effective avenue to advise the public of the real scenario in the country. The mainstream media have become the laughing stock of even the unthinking people.

As guardians and warriors of Malaysian cyberspace it is up to the Bloggers now to step forward and do their duty to the country. As Churchill said about the Royal Air Force during the Second World War, 'never before has the fate of so many been in the hands of so few'. There is absolutely no other avenue for Malaysians to know what is really going on behind the scenes other than turning to the Blogs.

Therefore to Raja Petra Kamarudin, Sang Kelembai, Ruhanie Ahmad, Jeff Ooi, Nuraina Samad, Marina Mahathir, Zorro, Rocky, Dato Kamal Amir, Bakri Musa, Fazly Rahman, Elizabeth Wong, Big Dog, Small Cat and every one else who is a Blogger, please lets focus our attention on the imminent Operasi Lalang 2 that is being planned by the BN Government. We have to neutralise them by exposing their lies and the scare tactics that they are now planning to frighten the populace into accepting an Operasi Lalang.

We have to turn up the volume on the impending Operasi Lalang now and expose their simple dirty tricks.

Ah Non

Click Here to Read More..

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM

.
0 comments

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM, PARTI KEADILAN RAKYAT (KeADILan)

KENYATAAN MEDIA
11 DISEMBER 2007

Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi saya ditahan oleh pegawai Imigresen yang memaklumkan bahawa nama saya telah timbul dalam "senarai yang disyaki". Tiada penjelasan tambahan yang diberikan. Setelah itu paspot saya dikembalikan dan saya meninggalkan lapangan terbang.

Dengan menggunakan alasan keselamatan awam, dalam tiga hari kebelakangan ini pihak berkuasa telah meningkatkan tekanan terhadap rakyat Malaysia dan menahan pimpinan pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Tindakan melampau ini petanda jelas kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sudah sampai ke penghujungnya.

Di Malaysia, rasuah terus menular di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman telah punah. Jenayah telah meningkat. Ekonomi semakin lesu dan media perdana kawalan UMNO-BN masih dikuasai kerajaan.

Rakyat Malaysia telah turun ke jalan untuk turut serta dalam perhimpunan aman untuk mendesak perubahan sistem pilihan raya. Dalam insiden terbaru, pejuang hak asasi telah ditangkap kerana ingin
membiarkan kain rentang Hak Asasi Manusia terus berkibar di Dataran Merdeka. Kerajaan telah bertindak balas dengan menggunakan ancaman ISA untuk menakut-nakutkan pimpinan masyarakat.

ANWAR IBRAHIM

-------------------------------------------------

ANWAR IBRAHIM
DE FACTO LEADER, PEOPLE'S JUSTICE PARTY (KeADILan)

MEDIA STATEMENT
11 DECEMBER 2007

Earlier today upon arriving at the Kuala Lumpur International Airport I was stopped by Immigration officers who alerted me that my name has been added to a "suspect list." No further explanation was given. After that my passport was returned to me and I exited the airport.

Under the guise of preserving public safety, in the last three days the authorities have increased their repressive tactics against Malaysian citizens and arrested key opposition figures and civil rights leaders.

These repressive tactics are a sign that Prime Minister Abdullah Badawi's leadership of Malaysia has run its course.

In Malaysia, corruption continues to run rampant among the UMNO and BN leadership. The integrity of the judiciary has been shattered. Crime has risen dramatically. The economy is lagging and the UMNO-BN controlled mainstream media remains under government control.

Citizens have taken to the streets in peaceful protest to call for reform of the electoral process. Most recently, advocates have been thrown in jail for asking for a Human Rights banner remain prominent
in the capital square. In response the government has resurrected the spectre of the ISA to intimidate and instill fear among civil rights leaders.

ANWAR IBRAHIM

Click Here to Read More..

More arrests, turmoil in Malaysia

.
0 comments

Rising political tension - with lawyers arrested as they staged a march in the capital yesterday - and more turmoil in the streets expected today, have shaken Malaysia like never before.

And even as the hunt hots up to uncover the ringleaders behind the past year's half-a-dozen rallies, the question on most minds is this: Will a rattled government have the confidence to call elections early next year?

Unlikely, say analysts.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi won't find it easy to decide on an election date, faced as he is with the tough task of garnering support from a nation unhappy with the growing unrest, they say.

"Given the rallies, racial issues and the expected fuel price hikes, general elections appear unlikely until after the middle of next year," Mr Fazil Mohamad Som, analyst with the World Islamic Economic Forum, told AFP.

Yesterday, eight lawyers were among 21 people arrested as the Bar Council Malaysia marked International Human Rights Day. Five were detained for alleged illegal assembly as they took part in a morning march, a symbolic walk which the council had organised the last two years but had called off this year, after it was told it had to apply for a permit.

Expressing shock at the arrests, council president Ambiga Sreenevasan said: "Recently there has been an opening up of democratic spaces in Malaysia which we praised. Today is a terrible setback. This is not Malaysia as we know it to be."

Among the marchers arrested yesterday were 12 Opposition members who rallied last month to demand electoral reforms, activists said.

They included Mr Tian Chua, a senior member of the People's Justice Party, which is part of a coalition planning to hold a second demonstration for electoral reforms tomorrow outside Parliament, a coalition spokesman told AP.

Public protests are rare in Malaysia, and the government has been jolted by last month's brace of rallies - one demanding electoral reforms and the other airing the grievances of the ethnic Indian minority.

"The government really needs to address the concerns of this underdeveloped group if it hopes to get the continued loyalty of the Indians in the upcoming elections," said political analyst Khoo Kay Peng.

"They want a voice and they want change," he said. "In the light of all this, I don't believe that the prime minister can call for elections so early in the year."

Of the demonstrations that have drawn crowds of up to 30,000, Mr Hishammuddin Hussein, the influential youth chief of the United Malays National Organisation (Umno), told the Star newspaper: "There must be somebody planning something behind the scenes."

Some believe it is former deputy prime minister Anwar Ibrahim, now de facto leader of opposition Parti Keadilan Rakyat.

On a recent visit to India, Mr Anwar had spoken about the plight of Malaysia's ethnic Indians to the media and political leaders there. His actions drew strong reactions from Barisan Nasional. On Friday, MCA secretary-general Ong Ka Chuan lambasted Mr Anwar for seeking foreign interference in Malaysia's domestic affairs.

But experts and civil society activists told Today that it was unlikely that Mr Anwar was playing the role of puppet master.

Mr Yang Razali Kassim of the S Rajaratnam School of International Studies, told Today: "What we are seeing is a groundswell of legitimate expressions of discontent from the various interest groups, taking advantage of the run-up to the next general elections."

Having worked closely with Hindraf leaders in his course of work, Dr S Nagarajan, research director of a Malaysian non-profit organisation that helps underprivileged ethnic Indians, strongly believes that their recent rally did not involve of any political parties.

"In fact, political parties and other NGOs have difficulties dealing with personalities in Hindraf because they are highly emotive and headstrong," said the research director of Educational Welfare and Research Foundation Malaysia.

The coalition is all but assured of another term when it goes to the polls, which must be called by May 2009, say political observers, but the turmoil could cut Mr Abdullah's majority.

A senior government official who meets with the Premier regularly told AFP: "If the present integrity issues continue to erode the government's popularity, he will be hard-pressed to achieve any of this and to hold on to his own presidency of the party."

nazry@mediacorp.com.sg

Click Here to Read More..

How S'pore stays at the top of the game

.
0 comments

With its 7.9 per cent growth last year, it has been called a developed country growing at developing-nation rates. Bryan Lee explains this anomaly. It is almost a given that in the global rankings for economic growth, poor countries typically fill the top spots while rich nations bring up the rear.

Last year's top three - Azerbaijan, the Maldives and Angola - clocked in impressive expansion of between 18 and 31 per cent. But they were anything but wealthy: Their citizens took home an average income of less than US$3,000 (S$4,300) that year.

In contrast, the United States, the world's biggest economy, grew a paltry 2.9 per cent. Against this long-standing trend, Singapore stands out as an anomaly.

At 7.9 per cent, Singapore's economic performance puts it more in the league of emerging growth stars such as China and India than in the comparatively tired ranks of the US, Europe and Japan.

Yet the Republic is one of the most affluent countries in the world, coming in at No. 25 in per capita GDP terms. In Asia, it is beaten only by Japan and Brunei, and may well leapfrog both to the No. 1 position this year.

In fact, out of the 180 nations ranked by the International Monetary Fund, only two rich countries grew faster than Singapore - oil-rich Qatar and the United Arab Emirates.

Indeed, this phenomenon was picked up in a recent report in The Economist magazine, which described Singapore as 'a developed country that grows at developing-country rates'.

The report was quoted by Prime Minister Lee Hsien Loong at an NTUC conference in October, when he said economic growth this year will hit the upper end of the official forecast of 7 per cent to 8 per cent.

So, how has this tiny country with no natural resources managed such a feat? Is it just sheer survival instinct gone into overdrive?

The rise - and fall - of productivity

THEORIES about long-term economic growth come in several flavours but virtually all the major ones stem from a common foundation.

An economy's capacity to produce goods and services is essentially constrained by two ingredients - capital and labour.

Growth therefore is determined in a big way by the rates at which a country is expanding its stock of machinery, infrastructure and workers.

It is also largely dependent on the productivity of these two production factors which tends to decline as capital and labour are accumulated.

A baker, for instance, would be more efficient if he were given a whisk. But hand him another whisk and it would probably do little to get the cake out of the oven faster.

Little surprise then that developing countries, with their explosive population growth rates, can expand their economies quickly simply on the back of a fast-growing workforce.

Also, as their factories are relatively poorer equipped, and other supporting infrastructure such as roads less developed, the output boost from additional capital investments will be bigger than in developed countries.

This in turn translates into a higher rate of capital accumulation, since investment spending equals the portion of a country's output or income that is not consumed by households and the government.

In this simple model, Singapore's economic prospects look bleak.

With a population that is struggling to replace itself and factories, roads and ports that are top-flight, the Republic would seem to be doomed to slow growth rates.

But the Singapore Government estimates that the country's long-term potential growth rate lies between 4 per cent and 6 per cent, well ahead of those in the developed world.

And in the past three years, helped in no small part by a buoyant global economy, its economic growth would appear to be no less than miraculous, reaching an annual average of about 7.8 per cent.

A nimble labour force, thanks to foreigners

THE magic, say economists, lies in Singapore's flexible labour markets.

'Most of the growth comes from our elastic labour supply, where we can rely on bringing in more foreign workers,' said Citigroup economist Chua Hak Bin.

Step into a shop or restaurant these days and there's a good chance you will be served by a Filipino or a migrant from China.

Shipyards, construction sites and factories are also well staffed by workers from the region.

Government statistics show that Singapore's non-resident population has swelled 34 per cent in the past four years to one million.

In contrast, the resident population expanded just 7 per cent, a figure likely to have been helped by a fair number of expatriates who have taken up permanent residency here.

While some may wonder if this absorption of foreigners is at the expense of local workers, recent employment figures point to a labour force that is maxed out, so labour imports are necessary to keep the economy growing.

Marching up the technological ladder

OF COURSE, the Singapore growth phenomenon is not just a simple recipe of adding more workers.

The country has undergone major economic restructuring to upgrade itself to take on higher value-added activities.

In economic growth theory, technology and human capital - that is, education and training investments - are two key factors that can help mitigate the diminishing productivity of labour and capital.

And unlike labour and capital, these two factors have a certain self-sustaining, self-propagating element. Returning to the baker, he would prefer to be given a Kitchen Aid rather than 100 whisks of the same value. Not only is the mixer much more efficient, it may even enable him to come up with different and better cakes.

And if he is sent to the finest pastry school in France, he could make a lot more money selling souffles than pandan chiffon cakes. He could even pass on his new skills to his friends, spreading the benefits of his training beyond himself.

In a similar way, Singapore has moved from making calculators to semiconductors, and embraced high-value service industries such as financial services.

Much of this has been achieved through targeted government policies that create a suitable business environment for foreign investors, promoting in particular several key sectors.

These measures, which may take the form of tax breaks, are costly. But they have helped attract investments from overseas that inject not just capital into the economy but new technologies as well.

Efforts, including direct public funding, have also been made to build up research and development activities here. These would go some way towards helping the economy sustain a continuous rise up the technological ladder.

The same is being done in the human capital side of the equation, with constant improvements to the education system.

'With the resources accumulated over the past four decades, the Government has a large enough war chest to prepare the economy for the next stage of development,' says CIMB-GK economist Song Seng Wun.

Reality of a supply crunch

SO HAS Singapore achieved economic nirvana, where wealth creation fears little abatement?

DBS Bank economist Irvin Seah reckons Singapore's small size has made it especially nimble to respond to threats and opportunities in the global cycles of boom and bust.

'The economic structure is well diversified. Singapore has a unique collection of strengths that is hard to emulate and that has allowed us to enjoy a mid- to long-term growth higher than many countries.'

But all that nimbleness ultimately requires acute judgment and some degree of clairvoyance on the part of the Government, whose policies have played no small part in Singapore's success.

As it stands, trouble is brewing, and ironically, it is partly a consequence of the 'developing economy' growth rates of the past few years.

Inflation, while low by world standards, hit a 16-year high of 3.6 per cent in October and is set to rise even more next year.

While due in part to high global oil and food prices, this has come about because the surprisingly rapid expansion of the economy is using up spare capacity in the system. In the property and labour markets, in particular, demand is far outstripping supply, and this imbalance is pushing up prices.

The Government is releasing more land for developing homes and offices, but it will take some years before these are built.

There is also the tried-and- tested foreign labour solution. Certainly, the large populations of Singapore's Asian neighbours would ensure a ready supply. But simply allowing more immigrant workers into the country, as the Government is doing next month, may not be enough.

High rentals, coupled with rising living costs, mean employers will need to pay foreign workers higher wages to bring them in.

Indeed, this has prompted the Government to hold back $2 billion worth of public construction projects to ease the supply crunch.

'The economy is currently facing a serious supply-side constraint. Shortage of land and labour has driven up rentals and wages,' says Mr Seah.

All this goes to show that even the most efficient of governments can do only so much to bend economic realities.

For sure, many of the current issues will subside in time.

But in the meantime, the pain of higher electricity and restaurant bills will, for the man on the street, take off some of the shine from the trend-breaking achievement of the Singapore economy.

The Sunday Times

Click Here to Read More..

Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu

. Thursday, December 6, 2007
0 comments

Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”.

Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.

Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.

Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal.

Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.

Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya.

Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapi dia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam.

Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.

Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telah banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk.

Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik.

Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, atau rumahnya yang megah, atau paip dan curutnya yang panjang, atau isterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak.

Itu semua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.

Saya tidak pernah menyeru agar pemimpin Dunia Islam hidup dalam kemiskinan, atau kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh, atau berkenderaan yang cabuk. Tidak, bukan demikian. Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang berbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal, bukan rasuah atau salahguna kuasa.

Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumber yang Allah redha untuk mereka. Saya pun tahu, ada pemimpin-pemimpin yang sememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.

Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengah negara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dan karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai.

Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat, tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal.

Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak.

Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”.

Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147). Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.

Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akan mengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas.

Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.

Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.

Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali ALLAH kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`).

Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya.

Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.

Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar.

Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah.

Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin.

Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat.

Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan”. (8/147)

Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya” Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat).

(Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.

MUFTI PERLIS

Click Here to Read More..